Friday, July 25, 2014

#8: SIRI 2 - KISAH LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT ... 6 - 10

Bismillah...

Sambungan daripada SIRI 1...

***********************************************************
Kata leaki tua ini lagi:

6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.



**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Rahim (Maha Penyayang; The Most Merciful)

Apabila dizikirkan sebanyak 100X setiap hari, Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

Thursday, July 24, 2014

#7: Sayang Rokok ... atau Sayang Diri?

Bismillah..

Puasa Ramadan dah nak sampai ke penghujung. Ada orang dah pasang niat apabila masuk bulan Ramadan nak kurus laa...nak tambah ibadat laaa...nak berubah ke arah kebaikan laaa...Dan tak lupa jugak ada yang hendak berhenti merokok.

Di sini saya paparkan video mengenai seorang yang berjaya berhenti merokok - melalui pengnambilan makanan tambahan daripada Shaklee. Apa-apa pun, hendak 1000 daya, tapi kalau tak hendak ada saja 1000 dalihnya, kan? ;-)




Kepada sesiapa yang berminat hendak berhenti merokok juga..dan mencuba secara pemakanan, Shaklee ada penyelesaiannya. Moga-moga ada impak positif yang kita dah dapat sempena bulan yang mulia ini. Boleh click button di bawah ye ;-)



 ORDER VIVIX




Hubungi:
012-3198354 (Farisya)
SID ID: 912713

COD: Kampung Melayu Subang / Kajang
POS: Nationwide

**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Quddus (Maha Suci; The Most Holy)

Apabila dizikirkan sebanyak 100X setiap pagi setelah tergelincirnya matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki dan lain-lain.

Tuesday, July 15, 2014

#6: SIRI 1: KISAH LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT ... 1-5

Di Facebook, saya mengikuti seorang yang bernama Roslan Ab Hamid. Beliau berpangkat Dato. Asalnya, saya adalah follower kepada Puan Ainon. Seorang pengasas PTS Publication dan kini menjana saham akhirat dengan menurunkan ilmu-imu yang ada berpandukan Nabi S.A.W. Pendek kata, apa atau siapa yang di-recommend oleh Puan Ainon, saya akan cuba lihat. Salah seorangnya, Dato Roslan ini lah. (*Nampak permainannya di situ?hehe..)

Kat sini saya nak abadikan suatu perkongsian menarik daripada Dato Roslan mengenai temuramah yang dia perolehi daripada kehidupan. Moga-moga kita beroleh  manfaat daripadanya ;-)

*****************************************************************

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN 
SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.

Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu erkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.


**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Allah (The God)

Apabila dizikirkan 500X setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
There was an error in this gadget