Wednesday, September 17, 2014

#18: [VIDEO] Supplement Untuk Kecantikan Kulit

Biiznillah...

Hari ni rasa nak kongsikan video. VLog yang ringkas dan mudah difahami. Mengenai supplement yang baik untuk kulit. 

Bukan hanya untuk wanita ye...Lelaki pun boleh ambil ni. Biasanya untuk yang menjaga penampilan la kan. Ianya supplement yang asas sahaja. Harga mampu milik dan tahan lama!

Credit VLog: Master Hadha 



Pendek kata, intipati VLog ini mengatakan, supplement asas untuk kecantikan kulit ada 4. Ianya adalah:

1) Vitamin C
     Berfungsi untuk menghasilkan kolagen.
     Agar kulit kelihatan cerah.

2) Vitamin E
     Merupakan anti-oksida
     Membantu kulit menjadi kurang kedut
     Kulit jadi lebih bersih - kurang kelihatan blackhead atau whitehead

3) B Complex
    Mengurangkan kesan minyak pada wajah
    Wajah lebih berseri-seri - kurang kusam

4) GLA Complex
    Membantu kestabilan hormon (fungsi minyak borage)
    Membantu kelembapan kulit.

Nak tau cara pemakanan? Contact saya ye ;-)...Special info saya bagi ;-)

Yang nak beli terus, boleh klik button di bawah ye. Jangan bimbang....secured payment ;-)


Hubungi:
012-3198354 (Farisya)
SID ID: 912713

COD: Kampung Melayu Subang / Kajang
POS: Nationwide

**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Mushawwir (Maha Pembentuk; Maha Menjadikan Rupa Bentuk)

Dialah yang, tanpa menggunakan mana-mana model, mencipta segala-galanya dalam keadaan yang paling sempurna


Friday, September 12, 2014

#17: SIRI 5 ~~ KISAH LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT ... 21 - 25

Bismillah...

Sambungan SIRI 1...

Sambungan SIRI 2...

Sambungan SIRI 3...

Sambungan SIRI 4...

*****************************************************************************************************
Saya cari dia sepanjang bulan puasa. Selepas asar di tempat biasa. Dia tiada. Tidak ada lagi pada sudut tepi tiang di masjid. Di mana dia? Apakah dia sakit? Atau pergi umrah.

Pagi tadi, dengan izin Allah jua saya temui dia. Tenang bersahaja. Kali ini berjubah. Selepas subuh dia ambil al Quran dan baca. Bacaan lancar dengan tajwid yang sedap didengar. (Nota: Saya tidak boleh kata betul, kerana itu bukan bidang yang saya berpengetahuan).

Lama dia baca. 1 jam 26 minit. Lepas itu dia sambung solat, dari kejauhan saya perhatikan. 4 rakaat Dhuha. Dia berdoa panjang juga, memohon keampunan dan dipermudahkan kehidupan zuriat dan keturunan, diberi keamanan buat bumi yang tercinta. Selesai lelaki tua itu bersolat saya datang menghampiri dia.

Dia terlebih dahulu memberikan salam. Senyum mesra menyapa. Dia berkata, sebelum saya sempat bersuara. 

"Selalu lepas Asar tiada di tempat biasa, Pak Cik keluar lihat lihat juadah berbuka. Hidup ini kena nikmati jua. Apa yang boleh makan dan terasa mahu makan, belilah. Dihujung usia, adalah merasa nikmat yang Maha Esa.Itulah namanya nikmat yang tidak dapat kita dustakan. Beli tanpa berkira. ramai peniaga cari rezeki.

Bahagi kepada jiran tetangga dan sanak saudara. Inilah waktu kita beramal dan merapatkan jalinan saudara. Jiran adalah saudara kita terdekat. ia umpama tubuh badan kita."

Saya kata, "ramai orang mahu petua pak cik lagi". Dia pun tenang merenung panjang. Kata beliau, (saya notakan dalam bilangan)

#21. Berusahalah untuk jadi orang kaya. Kaya tidak menambah sombong, besar, berlagak. Kita berharga di sisi Tuhan apabila kekayaan kita menambah manfaat pada orang. Kita mulia disisi Tuhan apabila miskin kita tidak menambah beban. Miskin tidak menyusahkan orang.

#22. Sepanjang hidup kita bakal diuji. Ujian miskin. Ujian kaya. Orang yang tahan ujian itu umpama emas. Jatuh ke tanah ia emas. Letak dibadan, ia emas. Letak di kepala, ia emas. Ujian datang dalam bentuk kesakitan, kerugian, kehinaan. Ujian juga boleh datang dalam bentuk kesenangan, kemewahan dan kekayaan. Berhati hatilah dengan ujian.

#23. Anak mahu tahu apakah perkara yang menyebabkan malaikat rasa cemburu pada kita? Apabila kita beri madu tatakala kita diberi racun sebelumnya. Tanya saya, "maksudnya? (saya pohon pencerahan). Lelaki Tua itu berkata, apabila kita membalas kebaikan pada kejahatan orang. Tiada dendam melainkan rasa insaf diri mahu membawa kebaikan walaupun kita pernah dikhianati dan dikerjakan teruk oleh orang itu.

#24. Pada detik ini dia menangis teresak esak. Kata beliau, "Pak Cik rindukan emak. Emak adalah himpunan khazanah kaya yang tidak ternilai harga. Pada teman teman anak, detik ini kembalilah kepada emak.Buka puasa dengan emak dan ayah. Suapkan emak. Seluruh harta dunia yang kita miliki tiada kan sama dengan emak dan ayah"

#25. Apabila emak dan ayah sudah tiada bertimbang rasa pada keluarga. Pak Cik pernah dengar orang alim kata, orang yang paling sempurna imannya adalah orang baik budi, mulia pekerti. Orang yang bertimbang rasa dan bertolak ansur pada keluarga". Jadi orang mulia anak. Mulia bukan mahsyur nama. Mulia bukan berkuasa. Mulia kita apabila akhlak terpelihara.

(Nota: Rasulullah SAW bersabda, "Aku diutus oleh Allah untuk menyempurnakan akhlak" (HR Ahmad) ).


**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Baasith (Maha Meluaskan; Maha Pelapang Hidup; Maha Melimpah Nikmat)

Selepas solat Dhuha, angkat tangan seperti berdoa kemudian baca nama ini 10 kali. Selepas itu sapukan pada muka (seperti selesai doa): maka Insya Allah perasaan cukup diri dan berdikari akan dijamin oleh Allah S.W.T. Perkara semacam ini perlu dilakukan setiap hari.

Tuesday, September 9, 2014

#16: Apa yang anda tidak akan dapat daripada Shaklee...

Bismillah...

Setiap kali kami, pengedar-pengedar bebas Shaklee @ SID, membuat sharing pasal produk Shaklee, pasti perkara-perkara positif saja yang kami bagitahu. Sebab kita nak sharing benda yang baik, bukan nak orang dapat benda tak baik. Kita nak sebarkan aura positif jer ;-)Tapi ada benda yang produk Shaklee tak boleh bagi kesan sebagaimana yang pembeli hendak - yang tidak SID-SID ini bagitahu kepada mereka.

Produk SHAKLEE ... sememangnya tak boleh nak bagi efek seperti ini:

Ubah gender?

Atau,

Wajah nampak 25 tahun...TUA??
Atau,

Muka tirus jadi bentuk segi?
Atau,

Mata bujur jadi mata dalam?

*Cukuplah dulu banyak ni. Letak banyak-banyak memang buat gelihati betul ;-)...Caption gambar sekadar menerangkan satu jenis keadaan je. Kalau ada perubahan yang lebih daripada caption, boleh la ditambah sendiri ;-)

Walaupun kami boleh suggest produk terbaik kami seperti Vivix dan
Shaklee Collagen Powder

Collagen, dan banyak testimonial yang memberi kesan yang baik itu ini, telur bagai dikupas lah, kulit licin lincau lah, kulit gebu gebas lah....tetapi MEMANG kami tak boleh bagi efek seperti yang di atas.

Produk Shaklee tak dapat nak merubah ciptaan yang Allah bagi tu...tapi semestinya produk Shaklee dapat memperbaiki ciptaan itu ke arah yang lebih baik.


Antara testimonial pasal SCP @ Shaklee Collagen Powder:






















Akhir kata, kalau nak jadi keadaan yang kita hendak sekalipun, jangan lah sampai mengubah ciptaan Allah. Buruk benor  kekdahnya! hihihihi *Macamana lah diorang ni ada idea buat keje-keje transform nih. Memang jadi keje betul. Nasib baik kelakar ;-D

*Siapa yang nak cuba Shaklee Collagen Powder tadi? Klik gambar di bawah ye...TQVM ;-)



Hubungi:
012-3198354 (Farisya)
SID ID: 912713

COD: Kampung Melayu Subang / Kajang
POS: Nationwide

**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Khaaliq (Maha Pencipta)

Sesiapa yang membaca nama ini 100 kali selama 7 hari, maka dia akan dibebaskan daripada seemua kesusahan; Insya Allah.

Thursday, September 4, 2014

#15: Kebenaran di sebalik Kolagen

Biiznillah...

Hari ni jalan-jalan ketuk-ketuk pintu search engine cari cerita pasal kolagen atau ejaan omputehnye collagen. Banyak kot sekarang produk pasal kolagen ni. ada yang jenis minum, ada yang jenis serbuk, ada yang jenis kena masak dulu...yang takat sapu-sapu pun ada! Konpius kot kalau nak beli..yang mana satu betul, ye tak? Soalan yang patut ditanya sebelumnya: Kenapa nak ber-kolagen? ;-)

Kredit kepada www.dr-wellness.net

Apa itu kolagen?
Kolagen adalah serat gelatin. Ia bertindak sebagai pelekat dan tisu sebagai gabungan yang mengandungi kulit, tulang, ligamen, rawan, dan darah. Kolagen adalah amat penting kerana ia membentuk 30% daripada protein dalam badan.

Apakah kesan mengambil kolagen?
Dengan mengambil kolagen akan meningkatkan komposisi badan. 
Memperkayakan badan anda dengan kolagen positif akan memberi kesan kepada kulit, tulang, ligamen, rawan, dan saluran darah - yang seterusnya akan membuat badan anda kelihatan lebih muda.
Ia adalah anti-penuaan. Komposisi badan mula menurun selepas umur 25. Adalah penting untuk kerap mengambil kolagen untuk mengekalkan penampilan anda.

Bagaimana saya nak tahu saya kekurangan kolagen atau tidak?
Kolagen sebahagian besarnya terdapat di dalam kulit. Ia dikumpulkan daripada kedua-dua haiwan dan kulit ikan. Jika anda mempunyai masalah dengan kulit kering, kedut, kulit kendur, rambut rosak, atau kuku yang patah, yang mungkin bermakna anda kekurangan kolagen. Kedua-dua rambut dan kuku juga dimasukkan sebagai petunjuk kerana kedua-duanya dianggap sebagai sebahagian daripada kulit.

Selama mana kesannya boleh dilihat?
Ia bergantung kepada kualiti kolagen. Jika kolagen berasal dari kolagen marin semulajadi, maka anda akan dapat melihat beberapa kesan dalam tempoh sebulan.

Adakah terdapat kesan sampingan daripada mengambil terlalu banyak kolagen?
Memang benar bahawa seseorang yang mengambil jumlah kolagen yang tinggi akan lebih menunjukkan kesan daripada seseorang yang kurang mengambil kolagen. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada kualiti produk yang sedang diambil. Tiada kesan sampingan jika mengambil kolagen marin asli. 

Adakah kolagen mudah diambil? Ia dalam bentuk apa?
Kolagen ada dalam pelbagai bentuk. Kebanyakannya datang dalam bentuk kapsul dan ia boleh menghalang penyerapan. Walaubagaimanapun, kolagen yang terbaik adalah dalam bentuk serbuk dan baunya terkawal. 

Adakah kolagen boleh didapati dalam makanan kita sehari-hari?
Sirip ikan yu, kaki babi dan kepak ayam adalah makanan utama yang mengandungi kolagen. Walaubagaimanapun, ia adalah mustahil untuk mengambil 250g - 500g makanan ini setiap hari. Lebih-lebih lagi makanan tersebut mengandungi lemak dan kolesterol yang tinggi. Cara yang terbaik adalah dengan mengambil kolagen setiap hari sebagai makanan tambahan. 

Apakah cara terbaik untuk mengambil kolagen?
Kolagen adalah protein yang sukar untuk menyerap. Masa terbaik untuk mengambil kolagen adalah perkara pertama pada waktu pagi dengan air. Mengambil kolagen dengan air panas akan menghalang penyerapan.

Semoga bermanfaat ! 

Hubungi:
012-3198354 (Farisya)
SID ID: 912713

COD: Kampung Melayu Subang / Kajang
POS: Nationwide

**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Wahhaab (Maha Pemberi Kurnia; Maha Menganugerah)

Membacanya sebanyak 40 kali dalam sujud terakhir solat Dhuha, dia akan dibebaskan dari kemiskinan dengan cara yang tidak diduga; Insya Allah.

#14: Meal shake ... ada di mana?

Biiznillah..

Sana-sini orang dok sebut meal shake. Sinonim sangat meal shake dengan anak-anak. Kononnya meal shake untuk anak-anak yang susah nak makan @ picky eater...pi mai pi mai google mesti keluar tajuk macam ni. Takkan banyak tu je kegunaan meal shake nih? Anak yang tak picky eater takde khasiat ke pulaknya? Yang bukan ának-anak', nak ambil buat apa pulak?

Hehehehhehe....
mealshakes shaklee

Sebenarnya meal shake ni merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan nisbah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino penting yang tidak boleh dibuat oleh badan, dan oleh itu perlu hadir dalam diet untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan . Tambahan pula, meal shake ini mengandungi semua asid amino yang hadir dalam protein termasuk asid amino penting dan tidak penting . (okay..ayat skema..translate dari belakang botol) Kalau tengok belakang botol dia ada dalam 19 vitamin dan mineral penting. Boleh baca tak? Kalau tak dapat baca, meh try beli sebotol (hihihi..)


Apa kaitan meal shake dengan picky eater?
Jadi, ia adalah pilihan terbaik untuk anak-anak yang jenis memilih makanan. Mereka akan kekurangan nutrient untuk tumbesaran. Mereka lebih makan junk food yang tidak memberi kesan pada tumbesaran badan. Sedih kan?..tak baik tau mak bapak ni kalau tak jaga betul-betul. Tak kisah la kalau makanan je pun.

Puan, untuk anak-anak yang tak picky eater bagaimana? Anak saya memang kaki makan.
Errr...kita yang dewasa ni pun ambil supplement kan? Kenapa pulak? Maknanya, meal shake untuk anak-anak yang sedang membesar bertindak sebagai makanan tambahan kepada mereka. Memelihara tubuh badan daripada kekurangan nutrien. Atau kata lain, menokok nutrien yang diperlukan dalam badan mereka. (menokok la pulak kan...awat bercampur matematik dengan karangan nih??)

Untuk anak-anak saja , Puan? Saya bukan kategori anak-anak, memang tak perlu la ye?
Ok. Meal shake ni pun bertindak sekali dalam set Tambah Berat Badan. Iye, untuk tambah berat badan...yang nak gemuk...yang tak nak kurus cekeding. Eh, ada tau orang nak naikkan berat badan dia. Kurus sangat pun tak elok kan. Nak derma darah pun tak dapat. Rugi tak dapat tukar darah baru. huhuhu.
Kenapa Meal shake? Oh, sebab ia mengandungi karbohidrat dan protein. Untuk naikkan berat badan, perlu tambah carbo. Protein pula berfungsi untuk membina otot-otot badan. Jangan tambahkan lemak saja. lemak tu perlu diubah menjadi lemak berguna @ tisu-tisu otot. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, ada cara makannya ye. Ekslusif untuk pembeli saya ;-)

Kalau meal shake tu pun protein, apa beza dengan ESP pula?
Eh, boleh pulak baca content untuk next next topik ye. Hehehehhe....cerita tu kita sambung di artikel lain, ok ;-) 

Untuk yang berminat dengan meal shake, boleh buat order di bawah:

 order meal shake


Untuk yang nak beli Set Tambah Berat Badan, klik yang di pulak: (Bonus info: kalau nak tukar meal shake dengan ESP, atau nak kedua-duanya untuk set ni, klik juga order di bawah ye)

set tambah berat badan



Hubungi:
012-3198354 (Farisya)
SID ID: 912713

COD: Kampung Melayu Subang / Kajang
POS: Nationwide

**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Áliim (Maha Mengetahui)

Seseorang yang membaca nama ini dengan banyak, Allah s.w.t. akan membuka pintu pengetahuan dan hikmah untuknya; Insya Allah.
There was an error in this gadget