Wednesday, August 13, 2014

#13: SIRI 4 ~ KISAH LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT ... 16 - 20

Bismillah...

Sambungan daripada SIRI 1...

Kemudian SIRI 2...

Kemudian SIRI 3...

******************************************************************
16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga"

17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku
bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras.
Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.

(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itusahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula"

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang. 

20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - As Salaam (Maha Memberi Kesejahteraan; Peace and Blessing)

Apabila dizikirkan sebanyak 136X, Insya Allah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

Monday, August 11, 2014

#12: 5 sebab kenapa perlu ambil GLA Complex Shaklee

Bismillah...

*Credit Vlog to Master Hadha



Seperti yang diterangkan oleh Master Hadha, GLA ni merupakan EPO yang kaya dengan Omega 6. Bahkan, GLA ada lebih lagi kandungan yang diperlukan dalam badan. Insya allah, akan saya ceritakan di entry yang akan datang ;-)

Antara 5 sebab mengapa perlu GLA boleh diringkaskan seperti di bawah. Boleh direct order untuk set yang diperlukan ye. Hanya click pada gambar ;-)

1) Meningkatkan kesuburan

*Click untuk order!
* Click untuk order!











2) Mengurangkan PMS
*Click untuk order!

3) Mencantikkan kulit
*Click untuk order!

4) Untuk kesihatan jantung
*Click untuk order!

5) Melambatkan proses penuaan 


Jangan lupa tonton vlog di atas untuk penerangan yang lebih ye ;-)


Hubungi:
012-3198354 (Farisya)
SID ID: 912713

COD: Kampung Melayu Subang / Kajang
POS: Nationwide

**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Jabbar (Maha Perkasa; Maha Kuat; Maha Menundukkan Segalanya)

Seseorang yang membaca nama ini sebanyak 226 kali setiap pagi dan petang, dia akan diselamatkan daripada penindasan dan kezaliman pemerintah yang zalim; Insya Allah.

Wednesday, August 6, 2014

#11: GLA Shaklee untuk perempuan dan lelaki juga ;-)

Bismillah...

GLA Complex


Produk Shaklee: GLA Complex...

Apa best nya produk yang satu ni? Ia boleh dikatakan sahabat baik untuk kaum perempuan ~Yang mana nak hamilnya, yang mana ada sindrom PMS (Pre-Menstrual Syndrome) nya, yang mana nak kulit cantiknya ... ni semua kerja GLA untuk membantu.

Bukan untuk perempuan sahaja ... yang kaum lelaki pun boleh juga mendapat efek terbaik dari segi yang ada masalah rambut kering, rambut gugur, yang ada masalah prostat dan sering nak kencing ... insya allah, panggil je GLA ni tolong ;-)

Selain itu, antara agen penuaan dan melambatkan menopos, meringankan sakit-sakit dan bengkak yang disebabkan oleh rheumatism, merendahkan kandungan gula dalam darah (kes untuk pesakit diabetes la nih) ... and the list goes on.

Soalan seterusnya, apa ada pada GLA ini?
Ok, jawapan ringkas dalam gambar di bawah:



GLA Complex ni kaya dengan  Omega 6. Ia mengandungi:

- minyak borage: mengandungi asid gamma linoleki (GLA) dan asid linolenik (LA) => membantu membentuk prostaglandin yakni hormon yang membantu badan mengawal atur proses-proses badan yang normal
- minyak bunga matahari: sumber asid lemak Omega 6
- Vitamin E: membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel

Sebenarnya, kalau nak cerita semua kandungannya akan terkeluarlah segala bahasa saintifik biologi semua yang mana tak semua orang akan faham dan nak tau pun. Tapi, kalau masih nak tau, roger-roger je saya ye ;-)

Ini lah promo untuk bulan Ogos 2014 ~beli 6 dapat free 1 => dah jimat RM 91.25 tuh!

Belum beli dengan harga ahli ... bertambah-tambah jimatnya

Cara nak beli dengan harga ahli? => Mohon roger saya di talian di bawah ye ;-)


Hubungi:
012-3198354 (Farisya)
SID ID: 912713

COD: Kampung Melayu Subang / Kajang
POS: Nationwide

**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Mu'min (Maha Pengaman; Maha Memberi Keamanan)

Sesiapa yang membaca nama ini sebanyak 630 kali semasa ketakutan, Allah s.w.t. akan melindunginya daripada semua malapetaka, bencana dan kemalangan, Insya Allah.

Tuesday, August 5, 2014

#10: SIRI 3 - KISAH LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT ... 11 - 15

Bismillah..

Sambungan daripada SIRI 2:-

(SIRI 1 di sini)...

*******************************************************************************
11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.) 
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.

Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.



**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Malik (Maha Memerintah; The King, The Sovereign)

Apabila dizikirkan sebanyak 121X setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala pekerrjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

Monday, August 4, 2014

#9: Shaklee Effect di musim raya saya....

Bismillah...

Salam Aidil fitri untuk readers semua!!

Dah habis minggu pertama Aidil fitri ... Seronok seronok!...Cuti kan, mana la tak seronoknya... plus berjumpa sanak saudara ..  bergurau senda... *hmmm...rasa nak cuti lagi ;-))

Yang paling best, dapat lihat lebih banyak kesan Shaklee a.k.a. Shaklee Effect dalam keluarga saya. Allah Allahuakbar... tidak ada yang lebih menggembirakan hati kita kalau apa yang kita beri tuh menggembirakan hati orang kan? ;-)

Ceritera 1:
~Abang rasa sihat la sepanjang puasa nih. Takde la rasa lemah sangat macam selalu. Eh, beli lagi CoQ tu. First time cukup sebulan ni setiap hari abang ambil.





Ceritera 2:


~Yong, masa sahur Macu minum ESP je. Kadang-kadang campur dengan Milo atau Horlick ke..tahan sampai petang. Takde pun rasa lapar ke lemah ke. Eeee, bagus lah!









Ceritera 3:

~Kak Long, macamana Abang Lan masa bulan pose neh? Kencing manehnya dah ok ker? (* Baca gaya loghat Perak)
# Eh haáh...Ok dah sikit. Sejak dah amik Shaklee yang kakyong bagi tuh, dah elok lah. Kalau tak tu, sikit-sikit nak pitam. Puasa kali ni ok sikit. Gulanya pun takde la tinggi sangat dah.



Nak ceritera lagi ker? hehehe..cukup lah 3 dulu...atau cukup lah 3 saja...* dalam Islam, afdhalnya 3 kan? hihihihi.... 

Yang penting, bukan sekadar saya nak menjual produk..bukan sekadar saya nak berbisnes...tapi yang utamanya, saya nak semua orang, baik yang dikalangan keluarga atau tidak, merasai kebaikan daripada Shaklee ni. 

*Lepas tu dapat statement dalam WA: Pastikan ia halal.....
Ehem, bab halal kita cerita di entry yang lain ok.. lalalalalalallalala.....



Hubungi:
012-3198354 (Farisya)
SID ID: 912713

COD: Kampung Melayu Subang / Kajang
POS: Nationwide

**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Muhaimin (Maha Pelindung; Maha Penjaga; Maha Pengawal serta Mengawasi)

Sesiapa yang solat 2 rakaat selepas mandi dan membaca nama ini 100 kali dengan ikhlas maka Allah s.w.t. akan menyucikan jasmaninya sebagaimana rohaninya; 
Allah s.w.t. juga akan memberikan kefahaman mengenai perkara yang tidak jelas kepadanya jika nama ini dibacanak sebanyak 115 kali.