Thursday, December 31, 2015

#36: Apabila Kayap Menyerang SI Gadis Cantik...

Biiznillah...

Saya pernah jumpa adik di di event Shaklee. Itupun lepas ada rakan tegur "eh, ni yang testimony dalam Supermom tu ke.. yang pasal kayap tu?"..then, baru saya perasan dia ni...takde rupa pernah ber-kayap langsung....huhuhuhuhuh

Kiranya sekarang kisah kayap dia dah jadi sejarah,,pastinya sejarah manis untuk dikenang...sebab mesti perit masa dia menanggung penyakit ni masa tu. Tengok gambar pun rasa cam Ya Allah...kot kalau aku tah tertanggung atau tak rasanya...

Ada kawan-kawan yang membaca ni tau ada siapa2 ada masalah kayap ni? Maybe di hujungnya masih ada sinar ye...huhuhuhu...

Masalah: Penyakit kayap

Produk Shaklee yang membantu: Nutriferon, Lecitin, B Complex

********************************************************
TESTIMONI 005: SITI NORHAYATI ABDUL HALIM

Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. kene tang muke plak tu. Habis separuh muke sebelah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung!
Lepas kene discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadh...atina Mkb bagi makan NUTRIFERON.

NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke..

LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di'jajah' kayap tu. Memang jadi "two Face" bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde 'two face'.

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu... serta adik beradik laien yang menggembirekan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni die bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!

HAppy Sayyidul Ayyam. Zikir Hari Ini: Ya Allah.
 
Testimoni penyakit kayap


*****************************************************************
 
Borak-borak Sihat:
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul)
SID ID: 912713
COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang
POS: Nationwide
 
**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al 'Aziimm (Maha Agung)
Dialah yang paling agung di bumi dan di langit, di dalam alam yang tidak dapat dilihat oleh penglihatan kita dan yang tidak terjangkau oleh fikiran kita.
Dialah keagungan yang mutlak dan sempurna.

Wednesday, December 30, 2015

#35: Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Berjaya Membantunya Hamil...

Biiznillah...


Okey kali ni nak share al-kisah rakan Shaklee yang mencuba set kesuburan. Oleh sebab masalah haid tidak teratur yang memang dia hadapi setiap bulan, memang normal jika penghujungnya ia memberikan kesan kepada masalah kesuburan yang biasanya dikaitkan dengan kesukaran untuk mengandung.

Kes yang ni biasanya kita namakan Trying To Conceive atau TTC. Ada juga kes yang dah bertahun2 kahwin..atau yang dah pernah beranak dan jarak anaknya 13 tahun - pun pernah cuba set kesuburan ni dan Alhamdulillah berjaya hamil.

Kita baca sama-sama ye cerita dia ;-)


Masalah: Haid tidak teratur, TTC partner

Produk Shaklee yang membantu: GLA Complex, Alfalfaa, ESP

*****************************************************
TESTIMONI 004: NURUL AIN NAJWA ROSLI

Assalammualaikum wbt.

Nama saya Nurul Ain Najwa Rosli, sudah berumur 28 tahun pada bulan November ini. Actually saya adalah staff kepada Master Hadhatina dan Master Kamarul. ...

Alhamdulillah, saya juga telah diberi peluang oleh mereka untuk saya kongsi testimoni saya kepada semua. Bagi saya cerita saya ini akan memberi inspirasi kepada semua pasangan yang baru berkahwin dan yang ingin mempunyai zuriat. Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, saya juga seorang SID yang baru mendaftar pada tahun ini. Saya memang sangat menyukai Shaklee ini sebelum saya mendaftar sebagai ahli lagi.
.

Saya ingin bercerita tentang pengalaman dahulu sebelum mempunyai anak lagi. Alkisahnya bermula sebelum saya menjadi ahli Shaklee. Untuk makluman, saya berkahwin pada 13 September 2013. Memang sebelum saya berkahwin lagi saya mempunyai masalah haid yang tidak teratur atau lebih dikenali sebagai masalah hormon yang tidak stabil.

Orang cakap jika kita mengalami masalah di atas, agak sukar untuk hamil. Memang benar pada saya,setelah tunggu hampir 3 bulan, saya masih tidak hamil dan period saya pun masih tidak teratur.
.

Sampailah satu hari tu, kawan saya consult saya untuk ambil Set Kesuburan Shaklee. Dalam set kesuburan tu ada 3 produk yang perlu saya ambil iatu GLA Complex, Alfalfa Complex dan ESP. Apa salahnya saya mencuba kan. Ni pun atas sokongan suami saya jugak. GLA Complex tu saya ambil untuk menjadikan hormon saya stabil dan period saya akan teratur. Ia mengandungi Vitamin E dan gamma linolenic acid (GLA) yang juga memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan dan hilang mood.

Alfalfa Complex pula membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid.

Akhir sekali, saya ambil ESP yang sangat disukai ramai ni. ESP merupakan salah satu produk untuk membantu dalam meningkatkan kesuburan yang mana penting dalam persediaan rahim menerima janin.
.

Sangat bersyukur setelah 3 bulan konsisten mangambil set kesuburan ini, memang period saya kembali teratur setiap bulan dan saya telah dikejutkan dengan berita gembira yang saya telah hamil anak pertama pada masa itu.

Dahulunya lama kami berdua sahaja then selepas itu Alhamdulillah kami telah bertiga.

Saya fikir saya memang tidak boleh hamil, tapi Allah itu maha berkuasa. Saya juga sedang hamil anak kedua. Saya bersyukur sangat kerana diperkenalkan dengan Shaklee. Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja.

Taraf kesihatan pada suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa. Amin.
.

Love U Shaklee



Testimoni set kesuburan
**********************************************************

Borak-borak Sihat:
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul)
SID ID: 912713
COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang
POS: Nationwide
 
**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Lathiif (Maha Menghalusi)
Dia adalah yang paling halus, lembut, yang terindah, Dialah yang mengetahui butiran terindah keindahan. Yang terbaik dari keindahan-Nya tersembunyi dalam rahsia keindahan jiwa, kebijaksanaan, dan cahaya ilahi.

Tuesday, December 29, 2015

#34: Kenangan 'Haghaaaammmm' dengan Arwah Opah ;-)

Biiznillah...

Minggu lepas ada viral satu kisah 'Haram' kat Negeri Perak. Nak tergelak baca nya sebab memang pun deme ni guna perkataan 'haram' tu gitu2 aje. Tapi bila berkumpul sekali dengan orang2 kampong deme le baru jadi...kalau setakat bergaul dengan orang luar, memang tak terkeluar pun perkataan ni....kihkihkih...tapi jangan lupa, gaya nyebut kena betui...Makhraj dan harkat kena jaga...baru ada umphh!..

'Haghaaammmm'...aaa gitu ler nyebutnye....

Oh, kenapa saya tau? Sebab kampung belah mak saya di Teluk Intan. Selalu sangat dengar perkataan ni terutama time arwah Opah ada...(Rindu pulak kat arwah Opah...Allahhummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha...)

Terus teringat kisah2 dengan arwah Opah pasal ayat 'haram' ni...

***
Masa tu balik kampung..Biasalah kalau bebudak ni kene la selalu diingatkan dah salam ke belum, dah cium tangan ke belum...nak jadi cerita nya,

Saya: Eh, Adam Umar Ahmad...dah salam Onyang belum ni?Masuk umah tak salam eh..terus nak main..
Arwah Opah: Nampak pun idak..Haghaaammmm nak nyalamnya...

***
Arwah Opah: Eh kome ni! Bukak biji mata tengok tibi. Haghaaammm nak mandi nye pon!


kihkikihkih....Comel kan arwah Opah saya? Dia memang sangat comel..;-)



Meh kita share sket cerita 'Haram yang viral tuh...hihihi..

***********************************************************

HARAM DI PERAK

Kita orang Perak bab haram ni dah biasa sangat-sangat.
Kalau setakat haramkan vape memang tak terkejut pun.
Kalau korang duk Perak mau terkejut dengar banyak lagi benda kena HARAM.

"Yob, udoh ke cuci longkang depan tu? Harammmmmm!"

"Yong, udoh masak ke? Harammmmm!"

"Kojer semalam yang awok suh buat tu udoh siap ke chor? Harammmmm!"

Haa...hamper semua benda kena haram.

Kekekekeke...

P/S: Haram = Tak / Belum buat

Credit: FB Teluk Intan - Official

*****************************************************


Borak-borak Sihat:
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul)
SID ID: 912713
COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang POS: Nationwide
**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al 'Adl (Maha Adil)
Dia adalah keadilan mutlak. Keadilan menjamin keamanan, ketenteraman, keseimbangan dan harmoni. Allah Maha Adil adalah musuh kepada mereka yang zalim.

Monday, December 28, 2015

#33: Al-kisah cerita ketika sebelum dan selepas melahirkan...

Biiznillah...


Lagi2 cerita best daripada pengguna Shaklee..mana la tau ada yang terkena cerita hampir2 sama dengan diri sendiri kan...bagus juga buat jadi bahan bacaan dengan cerita2 mereka ni...dijamin edisi khas kisah benar!!


Masalah: Masalah normal semasa hamil - 'hb' rendah, sakit2 tulang belakang dan bahagian pinggang, badan sentiasa letih dan lesu tak bermaya

Produk Shaklee yang membantu: VitaLea, Vitamin C Sustained Release, B Complex, Ostematrix, Zinc Complex

*******************************************
TESTIMONI 003: SITI AISHAH
Assalamualaikum w.b.t.

Nama saya Siti Aishah Binti Mohamad. Umur 24 tahun. Saya seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada seorang anak perempuan berusia 5 bulan. ...
.

Saya dah amalkan Shaklee ni selama 9 bulan iaitu ketika usia kandungan saya 5 bulan. Punca saya ‘jatuh hati’ dengan Shaklee adalah disebabkan ‘hb’ saya ‘low’.... Bile ‘hb’ dah ‘low’, dengan tak lengahnye saya cari ape2 supplemen atau ubat jenis pil yang boleh bantu saya normalkan balik ‘hb’ saya tu.
.

Dengan bantuan Mr.Google, kebanyakan story-mory yang dipaparkan adalah kebaikan Shaklee. Haaaa nampak tak permainan Mr.Google kat situ? Die bagi saya petunjuk yang sangat tepat okeyh! Hihii..nak tahu sebab ape???
.

Secara kebetulan ex-teacher sains saya mase sekolah menengah dulu merupakan pengedar Shaklee. So, tak payah saya nak cari jauh2..depan mate dah ade pun..saya dapat info ni pun melalui ‘FB’ beliau.
.

Suatu hari tu, secara kebetulan saya nampak beliau post pasal cara mengatasi ‘hb low’ dengan mengambil supplemen Vita-Lea dari Shaklee. Dengan izin suami, tak lengah nyer saya terus order dan dapat memiliki set hamil dari Shaklee iaitu Vita-Lea, Vita C, B-Complex dan Ostematrik. Alhamdulillah, selepas 3 minggu amalkan set hamil Shaklee, ‘hb’ saya kembali normal. Cik Misi pun terkejut! Siap tanye lagi ape rahsianya. Hihihii..
.

Sepanjang preggy saya mengalami sakit2 badan terutamanya tulang belakang dan bahagian pinggang. Kadang2 tu tahan sakit sampai nak call tukang urut. Tapi, alhamdulillah dengan amalkan ostematrik secara konsisten hilang segala sakit2 badan. Terus tak jadi nak panggil tukang urut. Hahaa!
.

Saya terus amalkan Shaklee sehingga bersalin. Ketika saya dalam pantang, saya cuma tambah Zinc Complex. Haa nampak tak sebotol Shaklee boley tahan sehingga 5 atau 6 bulan. Tu yang best dan jimat. Walaupun bersalin secara normal, saya mengalami luke/koyak terlalu banyak/besar. Almaklum le baby 1st..hehee..
.

Sepanjang mengamalkan zinc complex dan supplemen shaklee yang lain, luka dan jahitan saya cepat sembuh. Semasa dalam pantang juga, perkara yang paling menakjubkan dan tak boleh saya lupekan malah buat semua orang terkejut apabila kepala anak saya jadi tegak je bila dukung, tak lembik atau telentok2...
.

Mase usia anak saya sebulan pulak, kaki anak saya jadi kuat apabila cuba didirikan. Jiran2 yang datang menziarah pun teruje melihatnya. Sampai mak mentue saya gelarnya ‘Baby Shaklee’ disebabkan telebih kalsium gaknya. Hahaa! Tu lah hakikatnya….
.

Ostematrik juga banyak membantu saya dalam penyusuan. Saya sentiasa amalkan ostematrik sebelum tidur. Bila tengah malam Miss B saya akan jadi bengkak sebab banyak susu. Sampai basah baju saya dibuatnya. Hihii.. Alhamdulillah rezeki anak saya untuk menikmati titisan emas ni secukupnya...
.

Vita C juga banyak membantu saya dari segi kulit muka. Sebelum amalkan Vita C Shaklee, kulit muka saya sangat kusam, betompok2 dengan parut jerawat dan tona kulit tak sekata...
Alhamdulillah, sejak amalkan Vita C Shaklee, kulit saya kembali sekata. Tak de dah tompok2/parut jerawat. Paling bestnya kulit semakin cerah dan jerawat pun malu2 nak keluar. Hihiii..
.

Itu lah pengalaman saya mengamalkan Shaklee sehingga hari ini. Tanpa Shaklee mungkin badan saya sentiasa jadi letih lesu dan tak bermaya. Terima kasih Shaklee kerana telah membuatkan saya jadi cantik secara sihat dari segi zahir dan batin.

Alhamdulillah…

sekian terima kasih Shaklee…
Testimoni Set Hamil
 
***************************************************

Borak-borak Sihat:
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul)
SID ID: 912713
COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang
POS: Nationwide
 
**************************************************

Fadhilat Asma'ul Husna - Al Hakam (Maha Mengadili)
Dialah yang memerintah. Dia adalah pembawa keadilan dan kebenaran. Dia menghakimi dan menjalankan keadilan-Nya

Friday, December 25, 2015

#32: Kisah Si Perokok Tegar...

Biiznillah...

Hai hai hai!!!!hihihihi...

Next ni nak share pasal testimony daripada perokok tegar suatu tika dahulu...

Masalah; Perokok tegar sejak usia belasan tahun.

Produk Shaklee yang membantu: Vivix, Vitalea, Vitamin C Sustained Released

*****************************************
TESTIMONI 002: NASIRUDDIN SULONG

Assalamualaikum…Semangat Pagi semua

Nama saya Nasiruddin Sulong (51th), seorang suami dan bapak 6 org anak....

Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengamalkan produk Shaklee yaitu VIVIX.

Saya seorang perokok tegar, awal saya merokok pada usia belasan tahun, hampir 30th lebih saya bergaul dengan nikotin…bayangkan 1 hari saya boleh habiskan 2 bungkus rokok Marlboro Light bahkan lebih…dah berapa banyak pembaziran yg saya lakukan dan juga merosakkan diri secara perlahan2 huhuhu sedihnya kalau ingat itu…

Dalam hati ada niat nak berhenti merokok tetapi selalunya gagal, kegagalan itu saya sendiri tak tau pasal apa hehee…Sampai pada satu masa anak sedara saya perkenalkan Shaklee. 5 September 2013 saya mulai mengkonsumsi VIVIX.. awalnya hanya untuk menjaga kesehatan aja & tidak ada maksud untuk berhenti merokok...saya minum 1sdt setiap mlm sebelum tidur…

Minggu pertama takde apa2 kesan hanya saja badan lebih bertenaga, masuk minggu kedua mulailah perasaan berkecamuk ada apa gerangan…kenapa dengan aku ni…kenapa rokok ni tak abis lagi dah 3hr dah ni…rasanya pun dah mulai hambar…setiap pagi biasanya aku minum nescafe tetapi sejak kebelakangan ini kenapa rasa nescafe ni pun jadi lain macam…mulai dari situ lah saya pun bulatkan tekad untuk berhenti merokok…niat sudah kuat nak berhenti dan semangat pun kena kuat juga…

Banyak ujian yang saya lalui dari kawan2 yang asik cakap “halah kejap je tu nanti jg sambung merokok lg hehehe” tetapi saya kuat kan diri dan mental saya untuk buktikan kalau saya boleh berhenti (lagi pun saya dah puas dah merokok hehehe)…Ada doktor kata kalau nak berhenti merokok harus slow-slow tak boleh terus berhenti kerana nanti akan ada simptom2 setelah berhenti merokok ni seperti sakit kepala, selesma, batuk2 dan byk lg…tapi Alhamdulillah saya tak ada simptom2 itu kemungkinan dikarena VIVIX telah back up saya untuk tidak merasakan simptom2 tersebut…

Saya amalkan VIVIX selama 1bulan 15hari (1botol VIVIX je) setelah VIVIX habis saya minum VITALEA dan bila vitalea habis saya masih tetap minum lg tetapi tak selalu minum bila sang isteri tercinta ingatkan baru lah saya minum, Alhamdulillah dah 2thn saya berhenti merokok…sekarang ni saya just minum VITA-C sehari 1 biji je…

Demikianlah perkongsian saya bersama produk Shaklee “VIVIX”, semoga pengalaman saya ini boleh membantu anda-anda yang ingin berhenti merokok dan untuk jadi lebih sehat dan bertenaga…

Terima Kasih Shaklee.
 
Testimoni Perokok Tegar

*****************************************************


Borak-borak Sihat:
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul)
SID ID: 912713
COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang
POS: Nationwide
**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Bashiir (Maha Melihat)
Dialah yang Maha Melihat. Dia melihat segala yang telah berlalu, segala yang sedang berlaku, dan semua akan terjadi sehingga akhir zaman

#31: Masalah Kulit Berjerawat Yang Kronik!

Biiznillah...

Salam semua!! Semoga sihat2 ceria selalu hendaknya...

Di kesempatan ada blog ni, rasa nak share juga testimoni2 yang dikumpulkan oleh pengguna2 Shaklee. Nak share kesan Shaklee Effect mereka yang menyebabkan kenapa Shaklee ni berkesan la jugak kan kepada setengah2 orang. Kebanyakan produk2 yang mereka guna pun memang yang saya selalu guna, cuma mungkin asbab penggunaan je tak sama..tapi kesannya Alhamdulillah best2 sangat!..hihihi..

Ok...memandangkan grup utama saya ada buat testimony sharing dan benarkan untuk kami share ke serata pelusuk donia (eceewah!)..so saya mulakan sharing first kita..

Masalah: - Masalah jerawat yang teruk selepas melahirkan anak pertama
                - Kulit sakit seperti dibakar kalau dicuci

Produk Shaklee yang membantu: Vitamin C Sustained Release, ESP, Alfalfa, GLA, Vitamin E, Enfuselle Gel Cleansing.

***********************************************************************
TESTIMONI 001: LISA KELVIN

Salam buat semua,

Nama saya Lisa Laing. Saya seorang ibu dan surirumah. Pengalaman saya bersama Shaklee sangat mengembirakan saya dan keyakinan diri saya kembali bila berhadapan dengan orang.Tiada lagi perasaan rendah diri dan benci pada diri sendiri setiap kali melihat....

Perkongsian saya adalah berkaitan dengan kulit wajah saya yang bermasalah teruk selepas saya melahirkan anak pertama pada November Tahun 2010. Wajah yang bebas jerawat dan bersih licin tiba-tiba dipenuhi dengan jerawat yang sangat teruk. Lebih parah ia sakit bagaikan kulit terbakar bila dicuci.

Pelbagai produk dari harga murah hingga ratusan ringgit telah diguna untuk mengubati masalah jerawat saya. Namun tidak juga sembuh. Tetapi ia membuat muka saya ditumbuhi dengan lebih banyak jerawat,kulit muka kemerahan serta kulit terasa terbakar kepedihan setiap kali muka dicuci.

Saya pernah berjumpa Doktor pakar kulit swasta. Doktor memberitahu bahawa masalah saya timbul disebabkan Hormon Exchange selepas bersalin. Ubat yang dibagi doktor memang membantu tetapi bila tidak meneruskan pengambilan ubat yang dibagi doktor jerawat saya timbul dan lebih parah lagi jerawat muka saya semakin teruk. Bayangkan dalam 1 bulan perlu follow up 2 kali dalam 1 bulan. Dalam 1 bulan sahaja ratusan ringgit melayang tanpa kesan memuaskan. Saya sangat berputus asa.

Itulah kisah saya tanpa Shaklee.

Permulaan saya bersama Shaklee bermula apabila saya melayari internet. Banyak sangat testimoni berkaitan kebaikan Shaklee di internet. Hati saya tergerak untuk mencuba produk Shaklee.

(Jika tidak silap saya mula mengenali Shaklee pada tahun 2012.)

Saya merasa bersyukur sangat kerana Shaklee telah membantu saya dalam mengatasi kulit muka yang ditumbuhi jerawat teruk . Kini jerawat teruk bagaikan membakar wajah saya telah hilang buat selamanya. Terima Kasih sangat kepada pengasas Shaklee ini kerana telah mengeluarkan produk yang sangat terbaik.

Sekarang tanpa meneruskan pengambilan Shaklee kulit muka saya tetap sihat dan bebas jerawat. Ada pun jerawat timbul jerawat nakal yang datang sekejap sehaja.
( Hampir 1 tahun mulai 2014 tidak meneruskan pengambilan Shaklee kecuali ambil Vitamin C sahaja )

Lebih mengembirakan saya ialah sekarang saya tidak perlu guna makeup tebal bila berjumpa kawan. Kadang tanpa makeup pergi ke kedai.

Ini adalah senarai produk yang saya ambil:
1) Awal pengambilan hanya dengan Vitamin C dan ESP
2) Bulan seterusnya ada bajet saya tambah Alfafa
3) Ada bajet lagi saya beli GLA untuk bantu stabilkan hormon
4) Bulan seterusnya saya beli Vitamin E
5) Disebabkan saya tidak dapat guna sebarangan produk pencuci muka saya pun mencuba Enfuselle Gel Cleansing. Tidak memedihkan kulit muka saya.

Lihat sendiri testimoni saya. Gambar dulu dan terbaru sekarang (6/10/2015). Tanpa pengunaan berterusan tiada lagi jerawat teruk timbul walaupun saya baru lepas bersalin pada 2/8/2015.

Sekian.

Terima Kasih Shaklee.
 
Testimoni Kulit Berjerawat yang Kronik
 
 
********************************************************************


Borak-borak Sihat:
 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul)
SID ID: 912713
COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang
POS: Nationwide
 
**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Muzill (Maha Memberi Kehinaan)
Dialah yang memberi penghormatan dan Dialah yang memberi penghinaan